iPhone SE(2020) “Tak by @officialwisermy

iPhone SE(2020) “Tak hensem takpa, yang penting hati (dalaman) baik”.


iPhone SE(2020) baru sahaja dilancarkan semalam. Ia merupakan peranti bajet kedua yang pernah dikeluarkan Apple selepas iPhone SE(2016).

Apa yang menarik dan tak menarik tentang iPhone SE terbaru ini?

1/10


Antara perkara yang kurang menarik mengenai iPhone SE 2020 ialah ia hadir dengan rekaan yang lama iaitu rekaan yang hampir 99% mirip iPhone 8.

Masih menjadi persoalan mengapa pihak Apple tidak menggunakan rekaan hadapan seperti iPhone Xr? Mungkin face id terlalu mahal?

2/10


Dari segi paparan, iPhone SE hadir dengan skrin Retina IPS LCD 4.7’ 750p x 1334p sama seperti iPhone 8.

Namun, anda tidak perlu risau walaupun ia hanya 720p, skrin LCD iPhone boleh dikatakan terbaik berbanding skrin LCD peranti lain.

3/10


Apa yang menarik mengenai iPhone SE(2020) ialah ia hadir dengan cip pemprosesan yang sama dengan siri iPhone 11 iaitu A13 Bionic.

Ia merupakan cip pemprosesan yang amat berkuasa dan dilihat antara faktor utama mengapa iPhone SE(2020) amat berbaloi untuk dibeli.

4/10


Antara keistimewaan yang lain ialah ia hadir dengan ip67 ‘water and dust resistant’ seperti iPhone 7.

Ia juga hadir dengan Qi ‘Wireles Charging’

Kedua-dua fungsi ini kebiasaannya tiada pada peranti bawah RM 2,000.

5/10


Dari segi kamera, ia hadir dengan satu lensa sahaja, tetapi ia mempunyai fungsi potrait dan fungsi Smart HDR.

Ia juga mempunyai rakaman video ‘stereo’ dan ‘extended dynamic range’ dan jika dilihat pada spesifikasi kameranya ia lebih baik berbanding iPhone X.

6/10


iPhone SE(2020) juga mempunyai dua slot SIM iaitu nanoSIM dan eSIM.

Jika dibandingkan dengan iPhone 8, ia mempunyai ‘connectivity’ 60% lebih laju untuk ‘celullar’ dan 38% lebih laju untuk Wi-Fi kerana ia hadir dengan Wi-Fi 6.

7/10


Dari segi harga ia bermula dari RM 1,999 untuk versi storan 64GB.

Jika dilihat dari harga dan spesifikasi, ia sememangnya amat berbaloi jika dibandingkan dengan siri peranti bajet keluaran Google iaitu Google Pixel 3A yang dijual pada harga RM 1,899 (di Malaysia RM 2,199).

8/10


Hanya kapasiti bateri yang masih belum didedahkan oleh pihak Apple.

iPhone SE(2020) menyokong pengecasan pantas 18W, namun ia perlu dibeli secara berasingan kerana hanya pengecasan 5W dibekalkan di dalam kotak.

9/10


Kesimpulannya, iPhone SE(2020) amat berbaloi untuk dibeli terutamanya buat para pengguna iPhone 8 ke bawah.

Jika anda tidak memikirkan soal rekaan yang lapuk dan inginkan peranti dengan spesifikasi dalaman yang amat cemerlang. Maka anda perlu beli iPhone SE(2020).

10/10


Top