SKIM BANTUAN PERKESO Ramai keliru sama ada mereka layak menerima RM600, RM800, RM1,200 atau 80% daripada kadar gaji? Sama ada mereka mendapat manfaat daripada Program Pengekalan Pekerja (ERP), Program Subsidi Upah (WSP) atau Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)? Ini bebenangnya!


1) ERP untuk pekerja yang bercuti tanpa gaji, 1-6 bulan & bantuan RM600. 2) WSP untuk pekerja yang diberikan gaji penuh selama 6 bulan dan bantuan 3 bulan RM600, RM800 atau RM1,200. 3) SIP untuk pekerja yang ditamatkan perkhidmatan, bantuan 3-6 bulan, 80%, 50%, 40% & 30% upah.


1) Program Pengekalan Pekerja (ERP) di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE2020) ini lebih sesuai pada perniagaan yang memilih kekal beroperasi tetapi tidak mampu menggajikan sebahagian atau semua pekerja. Jadi PERKESO akan mengkreditkan bantuan RM600 maksimum 6 bulan. Tiada gaji!


2) Program Subsidi Upah (WSP) di bawah Pakej PRIHATIN PKS ini sesuai pada perniagaan yang kekal beroperasi semasa atau selepas PKP. Jadi subsidi 3 bulan untuk perusahaan besar (RM600/org), sederhana (RM800/org) dan kecil (RM1,200/org). Majikan bayar gaji, subsidi PERKESO kasi!


3) Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ini sesuai pada perniagaan yang mahu penghematan pekerja (retrenchment) termasuk VSS/MSS/CD dan menamatkan operasi. Jadi pekerja akan menerima Elaun Mencari Pekerja (EMP) dari 3-6 bulan mengikut urutan 80%, 50%, 40%, 40%, 30% dan 30% dari upah.


Berikut adalah kelayakan caruman dan faedah SIP: 12 bulan caruman = 3 bulan faedah 16 bulan caruman = 4 bulan faedah 20 bulan caruman = 5 bulan faedah 24 bulan caruman = 6 bulan faedah *Bagi pekerja <12 bulan caruman layak mendapat faedah RM600 untuk 3 bulan di bawah SIP Plus.


Kelayakan bagi skim ERP RM600 dan WSP RM600/RM800/RM1,200 terhad untuk pekerja bergaji ≤RM4,000 dan sekurang-kurangnya sebulan caruman bagi Mac sementara SIP pula bebas untuk semua tangga gaji dengan 12 bulan caruman tetapi bayaran faedah maksima dihad dari kadar RM3,950.


Peruntukan Program Pengekalan Pekerja (ERP) dengan RM120 juta akan membantu 100,000 pekerja dan Program Subsidi Upah (WSP) dengan RM13.8 bilion akan membantu kira-kira 4.8 juta pekerja. Tapi pekerja PKS sahaja ada 10 juta? Beritahu majikan anda siapa cepat dia dapat!


Untuk Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) tiada had penerima asalkan pekerja sudah dicarumkan minima 12 bulan gaji kebelakang. Beritahu majikan anda tidak perlu buang pekerja sekarang! 🤣


Bolehkah majikan memohon ERP+WSP+SIP? Tamak betul! Boleh tetapi bukan dalam bulan yang sama dan ERP dan WSP setakat September. Contoh: ERP (Mac dan April) + WSP (Mei, Jun, Julai) + SIP (November) Tapi sebaiknya kita berdoa majikan terus beroperasi dan pekerja terus bergaji.🤲


Top