SEJARAH YONG PENG Jika anda dari Johor, dalam musim perayaan sebelum new normal, kemungkinan besau awak kenal nama bandau ni memang besau. Yong Peng adalah pekan kedua kegemaran saya di Johor. Pertama, masih Tangkak. Tahun ini usia pekan Yong Peng berusia 173 tahun.


Pada awal 1800an, ada lima keluarga Melayu buka tanah di sini, dan namakan kawasan ini Kampung Bukit Jambu, sempena tumbuh banyaknya jambu kawasan itu. Lama-lama, untuk nampak lebih grand, mereka gelar kawasan ini, Seri Bertam, sempena pokok bertam.


Nama tok pengetua pertama kampung tersebut bernama Arujamin bin Runshut, salah seorang panglima perang Johor yang dah kalah perang dengan Belanda dan Acheh dalam perang tiga segi Selat Melaka.


Pada tahun 1847, empat orang imigran dari Chouzou, mendarat di tebing sungai Bekok, berhampiran dengan Seri Bertam. Mereka ini lari dari penindasan syarikat dari British. Imigran yang lari dari Perang Candu, Perang Saudara di China, mahu meneruskan hidup bebas.


Mereka menamakan kawasan ini sebagai Yong Peng. Maksud dalam bahasa Hokkien lama, "kedamaian abadi". Ini kerana berpuluh tahun lari dari perang, dan eksploitasi di kawasan lombong, akhirnya mereka mengecapi kebebasan. Melihat pada ini, Sultan Johor, Sultan Abu Bakar...


...mahu membangunkan kawasan di Seri Bertam dan Yong Peng untuk pertanian lada hitam dan gambir. Dengan bantuan British, Sultan Abu Bakar berjaya membina ladang dengan teknologi pertanian yang terbaik pada masa itu. Ladang Yong Peng kemudian menarik ramai lagi imigran...


...ke Johor, kerana Johor diketuai Sultan Melayu yang lebih faham mereka daripada tauke British yang bayar gaji mereka. Nama Kangchu pertama Yong Peng ialah Boo Kok Loh, atau dikenali sebagai Ah Loh.


Penduduk Yong Peng hari ini berjumlah 29,000 orang, majoriti dari masyarakat Tionghua, terutamanya Hokkien. Ada sedikit Hakka. Tapi dari segi makanan, makanan Fuzhou lebih popular digemari di sini. Antara yang popular ialah ayam masak wain beras dan mi goreng Fuzhou.


Hari ini jika awak dari Kuala Lumpur menghala ke Johor, terutamanya Ayer Hitam dan terus ke bawah, nama Yong Peng adalah nama yang tidak asing dengan pengguna Lebuhraya PLUS.


Tapi kalau awak nak cuba nasi beriyani di Yong Peng ada yang hebat. Nasi Beriyani Yong Peng berikan tandingan yang cukup kuat buat pesaingnya di pekan Batu Pahat.


Selain itu makan tengah hari, jika ingin makan nasi campur, boleh cuba di Restoran Zainab yang terletak di Taman Selatan. Kalau kari kambing 40 hari tu, yang itu cawangan dia. Makanan seperti lamb chop, chicken chop, nama Wachaa selalu disebut.


Sinar Ice-Blended menyediakan juadah manis seperti ABC, ice blended dan ais kepal milo, yang terletak di Jalan Bayan, Taman Sembrong.


Nasi beriyani Normala dan Sukor? Yang itu penduduk tempatan sahaja yang tahu. 😉 Tempat popular selain Fortune Dragon (gambar header thread) di Yong Peng ialah Tian Pao Kong Temple, dan yang ini saya paling suka nama tempat ni. Pusat Memperbaiki Akhlak Che Ann Khor.


Yong Peng ada banyak benda yang menarik jika anda peminat pekan kecil Malaysia. Pada saya ia antara pekan yang saya suka di Semenanjung Malaysia. Kalau awak, awak suka pekan kecil di Malaysia yang mana?


Top