7 Tips Pemasaran Mudah Untuk Pengusaha Gerai Makanan atau Restoran Yang Boleh Tingkatkan Jualan Ini adalah actionable tips yang kau boleh apply untuk naikkan sale. ⬆️ Traffic ⬆️ Sale Bebenang..


Bermula dengan nenek aku, dia basically berniaga f&b sejak mak aku tak ada lagi. Dia kata dia mula belajar masak pada umur 12 tahun. Sekarang umur dia 75 tahun. Sekarang tak larat dah. Dia buka bangsal utk jual nasi. Nasi bungkus. Nasi kerabu, belauk etc


Aku ingat lagi nenek aku akan tidur pukul 10. Bangun pukul 3 pagi utk mula masak. Hari2. Masa aku tadika, lepas balik tadika. Aku tolong dia pergi kemas bangsal tu. Then pergi pasar. Pukul 1 sampai rumah. Balik dengan beca. Kadang2 beca lidi patah. Sebab banyak beli brg


Those years, those struggle. Makanan sentiasa cukup. Nak apa, makanan ada. Up to a point, walaupun mak aku kerja sebagai kerani di bank, nenek aku lagi “berduit” 😂 So ini tips yang kau boleh apply. Masa tu boleh apply utk F& di zaman moden ni. Jom mula..


1. Banner atau nama gerai. Restoran xde masalah. Ni agak crucial. Bila makanan sedap, kau tak nak sekadar ianya jadi “nasi lemak”. Ko nak kena ada nama. Nasi Lemak Saleha. Misalnya. So terus differentiate nasi lemak kau dengan orang lain. Pasang banner tu. wajib.


2. Business card Sila letak business card kau dekat depan kedai. Make sure it visible. Letak nama gerai, nama person in charge. Dan letak di depan kedai. Kalau boleh, letak dalam kad tu yang kau terima tempahan. Letak QR code WhatsApp.


3. Inform customer mengenai tempahan dan business kad Inform yg kau ada terima tempahan dan minta dia ambil business kad. Kot2 dia nak order ke apa kan, business kad kau akan jadi penyelamat


4. Photoshoot gambar lauk dan letak dekat lauk guna macam clip kertas tu kan. Kadang2 orang tak tahu nak order apa. Gambar play a role. Dari xtau nak order apa, tengok gambar sotong, terliur pula. AOV increase


5. Price list Sort kau punya price list ascending. Letak dekat depan so orang clear berapa harga lauk2 tu. Then pastikan kau ada combo. Contoh Nasi lemak ayam = RM7 Nasi lemak ayam telur mata = RM8.50 Dan combo2 lain yg possible. Nasi lemak Special Sotong ke.


6. Register Google My Business Free je ni. Kalau ada gerai, mungkin tak sesuai kalau location tak fix. Tapi why not. Yg ada restoran, wajib ada. Senang orang nak cari and tinggalkan review kalau sedap kan?


7. Setup facebook page dan ads. Untuk restoran, spend RM10 sehari untuk sebarkan info yang kau wujud. Kalau modal bukak restoran puluh ratus ribu, tapi nak spend RM10 tak boleh, susah juga. RM10 sehari ni boleh translate kepada RM300. Or even more.


Top