Buat 10 perkara ni kalau nak anak membesar dengan kesihatan emosi yang sihat. 1. Pandang mata dan letak phone ke tepi bila bercakap dengan anak. 2. Selalu peluk cium semua anak tanpa pilih kasih.


@DrRedzaZainol @nazrulbaharin


3. Gunakan nada suara yang rendah bila bercakap dengan anak. 4. Lebih banyak mendengar cerita anak daripada marah dan menengking. Response and not react. 5. Pantau bila anak guna gajet. Jangan percaya pada semua kandungan video yang mereka tengok.


6. Lebih banyak beri kata galakan daripada mengugut anak. 7. Jangan bagi semua yang anak kita minta. Kita didik supaya mereka faham ada perkara mereka kena usaha untuk dapatkan.


8. Hargai setiap hasil kerja anak walaupun tak sempurna. Mereka gunakan kita sebagai cermin untuk mengesahkan (validate) emosi sendiri. 9. Jangan berbohong pada anak walau niat untuk mendidik. Jelaskan perkara ikut perkembangan usia mereka.


10. Tanya bagaimana hari mereka setiap hari. Jadilah tempat utama untuk anak luahkan emosi mereka. Barulah bonding kita dengan anak jadi lebih kuat berbanding bonding anak dengan kawannya. Bila mereka jadi remaja, anak lebih dengar cakap kita banding dengar cakap kawannya


Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️

t.me/NotaRedzaZainol


Follow TikTok saya sekali ya ▶️

vt.tiktok.com/ZSWCp4WP/


Top